GAZA: Projek tanaman strawberi ‘Cameron Highlands’ di bumi Gaza sudah berbuah dan membuahkan hasil.
Perkara itu dikongsi bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengenai perkembangan semasa ekonomi di sini.
“Sajalah nak beritahu, strawberi di ‘Cameron Highlands’ Gaza kita dah berbuah. Hasilnya sekitar 8 hingga 9 tan setahun.
“Kita berjaya membangunkan ekonomi penduduk di bumi Palestin ini. Tahun 2022 pula adalah tahun ekonomi untuk CGM di mana jutaan ringgit lagi akan dilaburkan bagi projek-projek seperti ini melalui Malaysian Business Incubator kita,” katanya.
Menurut beliau, Datuk Bandar Bait Lahia maklumkan yang usaha menjadikan strawberi ‘frozen’ (sejuk beku) juga sedang berjalan.
“Harapnya suatu hari nanti sampailah kepada kalian (di bumi Malaysia). Beliau juga sebutkan yang pada tahun 2006, strawberi Gaza adalah yang paling ‘top’ di pasaran Eropah sampailah sempadan ditutup,” katanya.