SPP selesaikan segera pengambilan khas 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan - Utusan Malaysia

SPP selesaikan segera pengambilan khas 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan

RADZI Jidin ketika mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPP yang baru dilantik Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff di Putrajaya. - FB RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) memberi jaminan  menyelesaikan sepenuhnya pengambilan khas secara ‘one-off’ bagi 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPP yang baru dilantik, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff. 

Radzi berkata, perkara itu perlu diselesaikan segera bagi membolehkan penempatan guru dibuat sebelum sesi persekolahan akan datang bermula. 

Menurutnya, tumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada masa ini adalah untuk menyelesaikan sepenuhnya pengambilan khas itu bagi menyediakan guru berkualiti yang mencukupi untuk memenuhi kekosongan jawatan sedia ada. 

“Terima kasih SPP kerana telah selesai menjalankan temuduga bagi pengambilan khas ini dan sebahagian daripada calon berjaya telah menerima tawaran lantikan,” katanya. 

Dalam pada itu, Radzi berkata, perkara lain dibincangkan termasuk guru lantikan secara kontrak perkhidmatan dan guru interim. 

Menurutnya, perbincangan turut melibatkan guru interim bagi mata pelajaran bahasa Inggeris lantikan tahun 2019 yang akan tamat kontrak pada April ini.

“Saya mohon supaya SPP dapat menyegerakan segala urusan temuduga kumpulan calon guru ini dan urusan lantikan bagi guru interim mata pelajaran Pendidikan Islam serta guru interim JPN Sabah dan Sarawak yang mana kontrak mereka juga akan tamat tahun ini,” katanya. 

Katanya, perbincangan lain turut menyentuh tentang keluhan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi pengambilan khas ini. 

Radzi berkata, berdasarkan maklum balas SPP, terdapat lebihan graduan pendidikan bagi mata pelajaran tertentu, termasuk graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dan perkara ini akan diteliti oleh KPM dan SPP.

Pada masa sama, katanya, KPM dan SPP turut membincangkan tentang pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang perlu disegerakan bagi membantu melancarkan pengoperasian sekolah. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya