SP Care anjur pemeriksaan kesihatan percuma buat penduduk PD - Utusan Malaysia

SP Care anjur pemeriksaan kesihatan percuma buat penduduk PD

ANWAR Ibrahim meluangkan masa melakukan pemeriksaan kesihatan dalam program Kem Perubatan dan Kesihatan Percuma yang dianjurkan Kumpulan SP Care Balai Raya Taman Intan Perdana, Port Dickson. Turut hadir, Dr. Sathia Prakash Nadarajan (tiga dari kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Bagi membantu masyarakat mengetahui keadaan kesihatan mereka, Kumpulan SPCare yang memiliki klinik jenama SPCare menganjurkan program Kem Perubatan dan Kesihatan Percuma selama dua hari bermula semalam.

Program dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Port Dickson, Mahasiswa Keadilan dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diadakan di Balai Raya Taman Intan Perdana, Telok Kemang di sini semalam dan di Balai Raya Rumah Rakyat, Lukut, hari ini.

Pengasas SP Care Group, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, antara yang disediakan dalam kem kesihatan berkenaan termasuk pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah dan juga pemeriksaan indeks jisim tubuh (BMI).

“SP Care juga menjalankan beberapa aktiviti berkaitan perubatan seperti cara melakukan proses bantuan pernafasan (CPR) dan konsultasi kesihatan percuma. Turut disediakan perkhidmatan daftar derma organ dan darah,” kata beliau.

Program yang diadakan di Balai Raya Taman Intan Perdana turut dihadiri Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami turut berbesar hati dengan kehadiran Anwar dan beliau telah diberikan taklimat berkaitan program yang menyasarkan penglibatan penduduk sekitar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya