SKM gerakkan bantuan pasca banjir di empat kawasan

SKM gerakkan bantuan pasca banjir di 4 kawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Gerakan Koperasi Malaysia menggerakkan bantuan misi bantuan pasca banjir bagi membantu mereka yang terjejas. 

Seramai 40 anggota sukarelawan terdiri daripada kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan enam buah koperasi terlibat dalam fasa ketiga Program Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Banjir di Lanchang, Pahang; Hulu Langat dan Kuala Selangor, Selangor serta Jelebu, Negeri Sembilan.

Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM yang mengetuai fasa ketiga misi pasca banjir, Rusli Jaafar berkata, fasa ketiga bantuan adalah kesinambungan bantuan fasa pertama dan kedua yang berjaya dilaksanakan sejurus selepas banjir melanda di beberapa buah negeri. 

Katanya, berbeza pada fasa pertama dan fasa kedua yang lebih tertumpu kepada kerja-kerja penyampaian bantuan makanan dan pembersihan kediaman anggota-anggota koperasi yang terkesan, fasa ketiga pula tertumpu kepada penyampaian bantuan kewangan kepada institusi-institusi pendidikan seperti pusat-pusat tahfiz dan sekolah pondok.

“Hari ini sahaja sebanyak RM45,000 hasil sumbangan SKM bersama Gerakan Koperasi Malaysia berjaya dikumpul bagi membiayai bantuan dalam bentuk sumbangan tunai, dapur gas, toto, barangan keperluan asas, makanan dan pakaian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di empat kawasan terbabit.

“Ini termasuk sumbangan tunai sebanyak RM25,000 kepada enam buah pusat tahfiz yang turut terjejas teruk akibat banjir. Antaranya, Pusat Tahfiz Darul Faizin, Maahad Tahfiz An-Nisa, Maahad Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Yayasan Sofa serta Pondok Tahfiz Haji Ahmad,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. 

Antara koperasi-koperasi yang terlibat adalah Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Koputra), Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) dan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (Kobanas). 

Selain itu, Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad (Kobimbing), Koperasi Ladang Berhad, Koperasi PEKAP Kuala Lumpur Berhad, Koperasi Kebuniti Selangor Berhad dan Koperasi Chef Malaysia Berhad juga turut sama terlibat dalam bantuan fasa ketiga itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya