Sistem pendidikan negara tidak perlu KAFA Ihsan 

Sistem pendidikan negara tidak perlu KAFA Ihsan 

ANUAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem pendidikan negara tidak memerlukan modul tambahan termasuk modul Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) Ihsan sebagaimana yang dicadangkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) sebelum ini.

Dr. Anuar Ahmad dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sebaliknya adalah lebih baik kurikulum pendidikan Islam sekolah menengah disemak semula, disepadukan dan ditingkatkan kualiti pelaksanaannya. 

Malah apa yang penting katanya, sistem pendidikan memerlukan kurikulum Pendidikan Islam yang bermakna kepada murid-murid, bukan yang terlalu sarat isi kandungannya.

“Pelaksanaan modul KAFA Ihsan harus mengambil kira beberapa situasi. Pertama, bagaimana konsep modul pilihan akan dilaksanakan? Siapakah yang membuat pilihan? Pihak sekolah atau ibu bapa? Bagaimana kaedah pelaksanaan secara pilihan dan apakah implikasi akademik, psikologi dan sosial kepada murid-murid yang tidak ikut serta? Apakah modul ini akan menambahkan beban murid-murid dan guru? 

“Kedua, apakah modul Kafa Ihsan tidak akan bertindih dengan kurikulum pendidikan Islam sedia ada? Sedangkan kurikulum pendidikan Islam sedia ada untuk sekolah menengah juga sudah cukup luas dan menyeluruh untuk dipelajari oleh murid-murid,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan modul KAFA Ihsan yang akan diperkenalkan kepada semua pelajar sekolah menengah dalam tempoh terdekat ini. 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, modul KAFA Ihsan itu kini masih dalam proses penilaian akhir pihak Jakim sebelum diumumkan untuk pelaksanaan.

Tambah Anuar, tidak ada keperluan buat masa ini untuk kerajaan memperkenalkan modul KAFA Insan walaupun sekadar satu pilihan pada murid-murid. 

“Memadai disemak semula dan diperkemaskan kurikulum pendidikan Islam sedia ada yang didapati terlalu berat dan sarat untuk dipelajari oleh murid-murid,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya