Siling runtuh gemparkan kakitangan awam - Utusan Malaysia

Siling runtuh gemparkan kakitangan awam

SILING auditorium Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu, Sabah yang runtuh petang tadi.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Runtuhan siling auditorium Wisma Dang Bandang di sini, menggemparkan ratusan penjawat awam yang berada di bangunan berusia lebih 35 tahun berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.32 petang tadi, runtuhan yang berlaku di tingkat 11 itu menyebabkan gegaran dirasai oleh penjawat awam di bangunan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Ordin Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.32 petang dan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, katanya, didapati berlaku runtuhan siling auditorium di bangunan berkenaan namun, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Anggota kita menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan dan mengarahkan pihak pengurusan agar tidak memasuki kawasan terjejas sehingga pengesahan keselamatan struktur bangunan diterima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara agensi yang berada di bangunan itu adalah Jabatan Penerangan Negeri, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Meteorologi. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya