Sidang akhbar MB Johor esok jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Sidang akhbar MB Johor esok jadi tumpuan

KERATAN laporan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Rakyat negeri ini khususnya para pengundi sedang menanti dengan penuh debar sebarang pengumuman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ini berikutan mula tersebar dakwaan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad akan mengadakan satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Johor, esok.

Tarikh tepat berhubung pelaksanaan PRN Johor masih menjadi teka-teki tetapi beberapa pihak kelihatan tidak menafikan persiapan sudah digerakkan.

Mengikut makluman yang diterima, mesyuarat UMNO negeri yang  esok melibatkan pemimpin tertinggi parti itu di peringkat negeri dan kesemua 26 ketua bahagian di Johor.

Mesyuarat berkenaan juga dijangka membincangkan  pelaksanaan PRN negeri termasuk calon-calon untuk setiap kerusi yang dipertanding sebelum Hasni dilapork mengadakan sidang akhbar selepas itu.

Selain itu, satu sumber memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga akan berkunjung ke negeri ini dalam waktu terdekat.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, hari Jumaat yang dianggap sebagai penuh berkat menjadi pilihan hari pembubaran PRN Johor selepas dikatakan sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sehubungan itu, satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, pembubaran itu mungkin diadakan hari ini atau Jumaat depan bergantung kepada perkenan Sultan Johor.

Semalam, Hasni turut dilaporkan berkata, sekiranya PRN Johor diadakan dalam waktu terdekat, ia tidak akan mengganggu urusan pentadbiran dan pelbagai program yang telah dirancang kerajaan negeri termasuk pelbagai inisiatif dalam Belanjawan Johor 2022.

Khabar angin bahawa Johor bakal mengadakan PRN semakin kedengaran khususnya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu yang menyebabkan kedudukan kerajaan negeri tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi DUN.

Perkara itu turut diperkukuh dengan pertemuan melibatkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar awal bulan ini yang didakwa turut membincangkan berhubung pelaksanaan PRN Johor.

Bagaimanapun, pemimpin politik blok kerajaan dan pembangkang mempunyai pandangan berbeza berhubung pelaksanaan PRN Johor apabila parti kerajaan dilihat menyokong pelaksanaan PRN manakala parti pembangkang menolak. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya