KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan popular Shuib mendoakan selebriti sensasi, Datuk Seri Vida bertemu jodoh sebenar dan menyifatkan wanita berkenaan berhak mendapat kebahagiaan.
Berhubung kesediaan selebriti sensasi itu untuk berjodoh dengannya, Shuib berkata, dia menghormati usahawan berkenaan namun biarlah hubungan mereka hanya sebagai kawan.
“Saya memang menghormati Vida sebagai seorang usahawan berjaya. Malah saya dan Allahyarham Siti Sarah pernah bekerjasama dengannya. Tetapi kami sekadar kawan, dalam dunia perniagaan.
“Saya doakan dia agar bertemu jodoh sebenar. Dia sangat baik dan wanita hebat. Dia layak mendapatkan kebahagiaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE