Shahrul Nizam bernilai RM500,000 - Utusan Malaysia

Shahrul Nizam bernilai RM500,000

SHAHRUL Nizam mahu terus berbakti bersama Terengganu FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pertahanan kental, Shahrul Nizam Roshasni, 23, melanjutkan kontrak bersama Terengganu FC (TFC) sehingga penghujung 2024 dengan klausa perpindahan bernilai RM500,000.

Shahrul Nizam berkata, peluang yang diberikan pasukan untuk terus berkhidmat dengan Sang Penyu akan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan misi membantu meraih satu trofi musim ini.

“Saya mahu lebih lama dengan Terengganu dan makin bersemangat untuk meningkatkan prestasi selepas dimaklumkan kekal dalam pasukan.

“Banyak yang dipelajari sepanjang menyarung jersi hitam putih dan bagi saya semua pengalaman itu cukup berharga,” katanya, semalam.

Nama Shahrul Nizam pernah menjadi topik perbualan peminat-peminat tanah air selepas gagal melaporkan diri bersama skuad Harimau Malaya pada awal Oktober bagi perlawanan persahabatan di Jordan pada Oktober lalu disebabkan turun ke laut.

Shahrul Nizam yang membuat 20 penampilan dalam kempen Liga Super menjadi pilihan Nafuzi Zain untuk mengemudi barisan pertahanan pada saingan musim lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN