JOHOR BAHRU: Sembilan pengguna jalan raya ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu dalam keadaan mabuk dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam Op Ambang Tahun Baharu 2022 yang dijalankan di seluruh negeri, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintenden M. Kumarasan berkata, mereka yang ditahan melibatkan lima pemandu mabuk, dua positif dadah dan masing-masing seorang memandu secara berbahaya dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Katanya, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 55 tahun.Operasi bagi membanteras kegiatan memandu secara mabuk dan merbahaya itu melibatkan 13 sekatan jalan raya serentak di seluruh Johor oleh 21 pegawai dan 135 anggota,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE