Sembilan kampung di Chukai berisiko banjir malam ini

Sembilan kampung di Chukai berisiko banjir malam ini

HANAFIAH Mat melawat kerja-kerja pembersihan saliran di Geliga, Kemaman, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sembilan kampung di Chukai di sini berisiko banjir berikutan fenomena air pasang besar dengan ombak setinggi 3.7 meter yang diramalkan berlaku malam ini. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, fenomena yang bermula dari pukul 8 hingga 11 malam itu bakal menyebabkan  lebih 200 kediaman penduduk di kawasan rendah dinaiki air. 

Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Tempurung, Kampung Tanjung Mak Tat, Kampung Dusun Nyor, Kampung Bakau Tinggi,  Kampung Kubang Kurus,  Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Pasir Minal, Kampung Kuala Kemaman dan Kampung Geliga. 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan berisiko agar bersiap siaga untuk berpindah bagi memastikan keselamatan keluarga masing-masing terjamin. 

“Kita juga minta penduduk sentiasa peka dengan keadaan sekitar dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas melawat kerja-kerja pembersihan saliran di Geliga, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya