Selangor sedia gelombang kedua banjir - Utusan Malaysia

Selangor sedia gelombang kedua banjir

AMIRUDIN Shari (kiri) ketika hadir Program Selangor Memohon Kesejahteraan Allah Menjelang Tahun Baru 2022 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri sedia berdepan gelombang kedua banjir sekiranya berlaku.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mesyuarat bersama Jawatankuasa Bencana semalam turut menyebut persediaan pihak berkuasa sekiranya negeri itu dilanda banjir sekali lagi.

“Kita belajar daripada pengalaman lepas dan kena bersedia serta penambahan aset dilaksana untuk persediaan masa depan atau digunakan untuk membantu rakan-rakan ketika berlaku banjir.

“Selain itu, mesyuarat bersama Exco turut membincangkan bantuan sokongan lain seperti institusi pendidikan, masjid, surau, perniagaan dan pertanian, namun kita fokus dahulu dengan Bantuan Selangor Bangkit (BSB),” katanya pada Program Selangor Memohon Kesejahteraan Allah Menjelang Tahun 2022 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam tadi.

Banjir luar biasa melanda Selangor pada 17 Disember lalu susulan hujan sangat lebat berlarutan lebih dua hari menyebabkan beberapa kawasan di sembilan daerah terutama Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Kuala Selangor terjejas teruk.

Bencana itu menyebabkan lebih 30,000 mangsa dipindahkan ke 203 Pusat Pemindahan Sementar (PPS) di seluruh negeri, malah Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini antara terjejas teruk apabila lebih 5,000 mangsa di pindahkan di 21 PPS. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya