KUALA LUMPUR: Selangor Pistons menutup aksi pusingan pertama Liga Premier, musim ini, dengan kemenangan 2-1 ke atas Perak Bison pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021 /22 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.
Membuka aksi set pertama, Selangor diberi tentangan hebat oleh Perak sebelum mereka melakar kemenangan tipis 21-18.
Bagaimanapun, dalam set kedua, skuad bimbingan Ridhuwan Abdul Manaf itu kecundang menerusi kutipan mata yang sama iaitu 18-21.
Permainan yang diheret sehingga ke set penentuan berkesudahan Selangor berjaya membawa pulang dua mata penuh apabila menang 21-17 ke atas Perak. – UTUSAN ONLINE