Sejuk melampau masalah banjir Gaza - Utusan Malaysia

Sejuk melampau masalah banjir Gaza

ANTARA situasi banjir di Gaza yang dikongsikan Muhammad Nadir di saluran Telegram rasminya, semalam. - Channel Telegram Nadir Al-Nuri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semenanjung Gaza, Palestin ditimpa bencana banjir sehingga menyebabkan beberapa kawasan, sekolah dan jalan raya dinaiki air. 

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi saluran rasmi Telegramnya.

Bagaimanapun, Muhammad Nadir berkata, banjir di Gaza itu bukanlah menjadi satu masalah disebabkan air, tetapi kerana kesejukan yang melampau sehingga menusuk tulang. 

Malah katanya, kes kematian bayi juga berlaku pada musim sejuk bukan dengan sebab kelaparan, tetapi kesejukan.

“Semalam ipar saya menceritakan bagaimana di sebuah kawasan sekolah, jalan raya dinaiki air seperti dalam gambar.

“Beliau melihat belasan pemuda mengharungi air dan membentuk rantai manusia dari tebing ke tebing. Kemudian pemuda-pemuda ini mendokong para pelajar sekolah daripada pemuda ke pemuda, di pass kan seorang demi seorang sampailah semua pelajar selamat melintas jalan dan mengelak bahaya dihanyutkan air,” kongsinya semalam. 

Menurut beliau, orang ramai dimohon memberikan sedikit sumbangan bagi membaik pulih rumah-rumah yang usang menyebabkannya tidak lagi dapat didiami pada musim hujan ini. 

“Kejap lagi kami akan keluar menziarahi beberapa keluarga yang meminta bantuan kecemasan akibat rumah yang terlalu usang menyebabkan ia tidak boleh didiami lebih-lebih lagi di musim hujan ini.

“Mohon salurkan sedikit sumbangan melalui nombor akaun alternatif CGM ini boleh untuk kita membaik pulih rumah penduduk-penduduk ini? Maybank 550511280118. Letakkan rujukan banjir Gaza. Tolong sebarkan!,” tulisnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya