Segera wartakan Zon Perlindungan Penyu Segari - Utusan Malaysia

Segera wartakan Zon Perlindungan Penyu Segari

PENANDA sempadan yang ditemukan penduduk kampung dan sukarelawan Kuasa dekat muara Sungai Puyu, berhampiran pantai penyu paling banyak mendarat di Segari, Perak - IHSAN KUASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) menggesa kerajaan negeri segera mewartakan Zon Perlindungan Penyu Segari dekat sini, sebagai usaha mengelak ekologi dan habitat penyu di situ terancam akibat kerja-kerja tanah untuk pembangunan berhampiran kawasan tersebut.

Timbalan Pengerusinya, Noor Ismady Ahmad Radzuan berkata, tindakan itu mesti dilakukan jika kerajaan negeri benar-benar komited  merealisasikan apa yang terkandung dalam Rancangan Struktur Negeri Perak 2040.

“Kerajaan negeri harus mewartakan kawasan Pantai Pasir Panjang dan pantai-pantai pendaratan penyu di daerah Manjung sebagai kawasan perlindungan di bawah enakmen sedia ada jika bersungguh seperti dalam Rancangan Struktur Negeri Perak yang menepati Rancangan Fizikal Negara.

“Pada masa sama, kami mencadangkan pengubahsuaian Rancangan Tempatan Daerah Manjung manakala Jabatan Perhutanan negeri boleh mencadangkan mewartakan semula kawasan berhutan sepanjang Pantai Pasir Panjang sebagai Hutan Simpan Kekal Tanjung Hantu. Semua usaha ini dilakukan bagi memastikan penyu terutama Penyu Agar terus mendarat dan bertelur di kawasan Segari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kandungan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040, antara lain menyebut untuk mewartakan Kawasan Perlindungan Penyu Segari dengan lokasi dicadangkan ialah sepanjang pantai Tanjung Baru hingga ke Pasir Panjang. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya