SC tidak dapat muktamadkan Azam Baki langgar Seksyen 25(4) SICDA - Utusan Malaysia

SC tidak dapat muktamadkan Azam Baki langgar Seksyen 25(4) SICDA

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tidak dapat memuktamadkan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki melanggar  peruntukan undang-undang berkaitan dengan pemilikan saham.

Katanya, ini berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan menerusi Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

“SC telah menyelesaikan siasatan dan berdasarkan bukti yang dikumpul, SC tidak dapat memastikan secara muktamad bahawa pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA telah berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, selaku pengawal selia pasaran modal, bidang kuasa kawal selia SC ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan SICDA 1991.

Sehubungan itu, SC bertanggungjawab menyiasat isu Azam sama ada terdapat potensi pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA 1991.

“Seksyen 25(4) SICDA memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya