“Saya takut ada peminat yang marah” - Anzalna Nasir - Utusan Malaysia

“Saya takut ada peminat yang marah” – Anzalna Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Anzalna Nasir mengakui bukan mudah untuk meneruskan legasi jenama hijab Loveta yang ditinggalkan penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Kata Anzalna, Siti Sarah adalah satu nama besar yang terlalu sinonim dengan jenama hijab berkenaan.

Justeru dia khuatir ada peminat yang tidak dapat menerima kerjasama antaranya dengan jenama tersebut.

“Bukan tugas yang senang. Ini adalah peninggalan satu nama besar di Malaysia.

“Saya takut ada peminat yang marah. Alhamdulillah, mereka terima dengan positif,” katanya.

Anzalna berkata demikian ketika hadir ke pelancaran kempen Loveta X Anzalna yang diadakan di ibu kota, semalam.

Dalam pada itu, pelakon filem Sepah The Movie itu mendedahkan dia gagal menahan kesedihan sewaktu terlibat dalam sesi penggambaran iklan untuk kempen berkenaan.

“Saya cakap pada diri sendiri, jangan nangis. Kawal.

“Tapi, bila dimainkan lagu arwah semasa babak itu, kita teringat dekat dia. Terbayang-bayang wajah dia,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Anzalna berkata Allahyarham sebelum ini pernah beberapa kali menyuarakan keinginan untuk berkolaborasi dengannya.

Namun katanya, dia terpaksa menolak tawaran itu ketika itu kerana telah mengikat kontrak dengan jenama lain.

“Dia pernah tawarkan untuk jenama kosmetik. Ada beberapa kali juga. Tetapi saya terpaksa tolak kerana masih mengikat kontrak dengan jenama Loreal.

“Tapi kali ini saya tak boleh tolak. Walaupun ada jenama (tudung) lain yang tampil memberi tawaran untuk bekerjasama.

“Saya rasa perlu jadi sebahagian Loveta, tolong ejen dan stokis bangunakan jenama ini. Saya kena terima,” jelasnya.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos tahun lepas akibat jangkitan Covid-19.

Penyanyi kesayangan ramai itu merupakan pengasas Loveta yang mula dibangunkan sejak tahun 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya