Saya sudah divaksin - Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

Saya sudah divaksin – Tuan Ibrahim

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan beliau sudah melengkapkan dua suntikan pelalian Covid-19 pada Mac dan April tahun lalu.

Malah, katanya, beliau turut menerima suntikan dos penggalak pada 2 November tahun sama.

“Terdapat kekeliruan beberapa pihak yang menuduh saya tidak divaksin sebelum menunaikan umrah baru-baru ini. Dos pertama diambil pada 24 Mac 2021 di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya manakala dos kedua di klinik yang sama pada 14 April 2021.

“Saya menerima dos penggalak pada 2 November tahun lalu di Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Kuala Lumpur,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Abu Syafiq mendakwa Tuan Ibrahim tidak pernah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi satu rakaman video, beberapa hari lalu.

Abu Syafiq sebelum ini menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang mahu pihak berkuasa menyiasatnya kerana membawa jemaah tidak divaksin untuk menunaikan umrah.

Pendakwah bebas itu juga mendakwa ada individu dalam kerajaan yang turut menunaikan umrah baru-baru ini tapi belum divaksin iaitu Tuan Ibrahim sendiri.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim dilaporkan ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah ketika beberapa negeri dilanda bencana banjir baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya