Saya mahu bantu pemain muda - Zaim - Utusan Malaysia

Saya mahu bantu pemain muda – Zaim

PEMAIN Penang Black Panther melakukan rejaman pada aksi STL 2021/22.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menerima anugerah pengumpan terbaik mingguan, Zaim Razali menjelaskan anugerah itu adalah hasil kerja keras dan bantuan daripada seluruh pasukan yang banyak membantunya sepanjang saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 berlangsung.

Kapten pasukan Penang Black Panther itu berkata, anugerah berkenaan membuatkan dirinya semakin bersemangat untuk membimbing dan membantu pemain muda di dalam pasukannya untuk merangkul kejuaraan STL musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi contoh terbaik buat seluruh rakan sepasukannya yang rata-rata berusia awal 20-an selepas mempamerkan aksi konsisten ketika ini.

“Pertama sekali syukur Alhamdulillah dengan berkat doa daripada isteri, ibu bapa, keluarga dan bantuan daripada seluruh pasukan, saya berjaya mendapat anugerah ini, seterusnya dapat meningkatkan lagi moral saya pada perlawanan yang akan datang.

“Kemenangan ini juga membuatkan saya berazam untuk membantu rakan sepasukan yang rata-ratanya dibarisi pemain muda, menjadi juara STL pada musim ini,” katanya kepada Utusan Malaysia kelmarin.

Sementara itu, anugerah perejam terbaik mingguan disandang oleh Amirul Syafiq daripada pasukan Selangor Pistons.

Anugerah tekong terbaik mingguan pula disandang Adam Aiman yang menjadi pemain kedua ATM Guardians yang berjaya menerima anugerah selepas Afifuddin Razali yang dinobatkan sebagai perejam terbaik mingguan minggu lalu.

Menurut Adam, dirinya tidak menyangka dipilih untuk memenangi anugerah tersebut dan tidak menolak sekiranya dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan.

“Tidak sangka saya dipilih sebagai tekong terbaik mingguan kerana saya melihat lebih ramai pemain lain yang memberikan persembahan lebih baik daripada saya.

“InsyaAllah jika saya diberi rezeki dan peluang untuk masuk ke dalam skuad kebangsaan, saya bersyukur dan mahu memberikan yang terbaik buat negara,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya