Saya jaga semua keluarga - PM - Utusan Malaysia

Saya jaga semua keluarga – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus memberi jaminan bahawa beliau menjaga semua ahli keluarga Malaysia dengan baik.

Perdana Menteri berkata, jaminan itu diterjemah menerusi penyerahan sejumlah bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini.

Katanya, tindakan membantu golongan dalam kesusahan menunjukkan semangat kekeluargaan yang tinggi dalam kerajaan yang diterajuinya hari ini.

“Keutamaan saya untuk menjaga semua keluarga. Macam dalam satu keluarga, apabila keluarga kita ditimpa kesusahan, tentu kita akan membantu keluarga kita. 

“Jadi, semangat itu yang perlu ada, semangat itu ada pada kerajaan hari ini.

“Saya sebagai ketua keluarga akan jaga keluarga kita dengan baik, jadi insya-Allah kita sebagai satu keluarga, kita akan terus bantu-membantu antara satu sama lain bila berlaku kesusahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis penyerahan bantuan pembelian barangan keperluan berjumlah RM2,500 kepada mangsa banjir di Daerah Bera, Pahang.

Katanya, bantuan pembelian barang keperluan ini diharapkan dapat meringankan beban penduduk yang terjejas akibat bencana banjir yang dibawa oleh Monsun Timur Laut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya