Satu lagi kluster pendidikan di Kedah

Satu lagi kluster pendidikan di Kedah

Petugas kesihatan bersiap sedia menjalankan ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, berlatar belakangkan mural lukisan penghargaan buat barisan hadapan memerangi pandemik berkenaan. -GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Satu lagi kluster institusi pendidikan direkodkan di negeri ini hari ini iaitu Kluster Dah Kayu Manis melibatkan Kolej Matrikulasi Kedah, Persiaran Kayu Manis, Changlun, Kubang Pasu dekat sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, kluster tersebut melibatkan seramai 32 kes positif Covid-19 setakat hari ini.

“Pelajar yang positif, kontak rapat atau yang bergejala tidak dibenarkan balik ke kampung dan diisolasi dalam kampus sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini. Manakala pelajar yang lain pula diarahkan balik ke rumah masing-masing bermula hari ini,” jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang ramai termasuk pelajar sekolah supaya menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika cuti musim perayaan ini.

“Sebelum balik kampung, berziarah atau bercuti, pastikan tiada gejala seperti demam, batuk, selesema dan sesak nafas. Lakukan ujian saringan kendiri, jika ada gejala dan sekiranya hasil ujian saringan positif sila batalkan perjalanan dan duduk rumah,”ujarnya.

Tambahnya, orang ramai juga digalakkan untuk menginap di inap desa atau hotel bagi mengelakkan mereka berkumpul beramai-ramai dengan saudara mara yang lain dalam satu rumah.

“Hadkan masa bersembang, makan dan berada di tempat orang ramai, sebaiknya kurang daripada 15 minit, pakai pelitup muka dan elak bersentuhan,” ujarnya.

Berdasarkan rekod terdapat 18 kluster Covid-19 membabitkan kluster pendidikan yang direkodkan sejak 11 Januari lalu sehingga hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya