Sasar kutipan cukai tanah lebih tinggi pada tahun 2022

Sasar kutipan cukai tanah lebih tinggi tahun 2022

MOHD. Khidir Majid (kiri) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang pembayar cukai terawal pada Majlis Pelancaran Kempen Jom Bayar Cukai Tanah 2022 Daerah Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pejabat Daerah dan Tanah Seremban menyasarkan kutipan lebih tinggi pada tahun ini memandangkan hanya 70 peratus daripada keseluruhan 305,716 hak milik menjelaskan bayaran cukai tanah dan cukai tertunggak mereka pada 2021.

Pegawai Daerah Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus berkata, bagaimanapun prestasi kutipan hasil dan cukai tanah daerah Seremban bagi tahun 2021 adalah memberangsangkan berbanding dengan kutipan tahun 2020 dan 2019.

“Jumlah kutipan cukai tanah semasa bagi tahun 2021 adalah RM73.23 juta iaitu mewakili 51.18 peratus daripada keseluruhan kutipan cukai tanah dalam Negeri Sembilan. 

“Jumlah kutipan hasil oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seremban pula adalah RM140 juta merangkumi hasil cukai dan bukan cukai yang mewakili 35.23 peratus daripada keseluruhan hasil Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM397.4 juta,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Jom Bayar Cukai Tanah Tahun 2022 Daerah Seremban di sini hari ini.

Terdahulu, majlis tersebut dilancarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Khidir Majid.

Jelas Mohd. Nizam, daerah Seremban mempunyai hak milik yang paling banyak di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 305,716 hak milik tanah.

“Untuk makluman pada tahun 2021 hanya lebih kurang 70 peratus hak milik sahaja yang menjelaskan bayaran cukai tanah dan cukai tertunggak mereka. Kerajaan negeri menyeru bagi individu yang mempunyai cukai-cukai tanah yang tidak berbayar untuk segera membayar cukai mereka,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pembayar cukai berada di luar Negeri Sembilan, cukai boleh dibayar secara dalam talian melalui laman sesawang e.ptgns.ns.gov.my dengan memasukkan maklumat nombor hak milik.

“Kempen ini diharap mampu membantu memastikan misi ke arah mencapai tunggakan sifar dapat direalisasikan,” katanya lagi.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang mempunyai masalah atau pun pertanyaan lanjut berkenaan cukai tanah boleh terus datang ke Unit Hasil, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

“Orang ramai juga boleh berhubung terus di talian 06-6032200 sambungan 226 atau melalui e-mel [email protected] untuk sebarang pertanyaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya