Rondaan berkala pantau kediaman mangsa banjir  - Utusan Malaysia

Rondaan berkala pantau kediaman mangsa banjir 

BAHARUDIN Abdullah meninjau keadaan banjir di Kampung Pasir Raja, Dungun, semalam. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Polis melakukan rondaan secara berkala bagi memastikan harta penduduk yang berpindah akibat banjir sentiasa dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, selain pasukan peronda, pihaknya menggerakkan pasukan jenayah bagi memantau kediaman penduduk sekali gus mencegah kejadian kecurian.

“Penduduk tidak perlu risau apabila meninggalkan rumah mereka dan setakat ini belum ada sebarang kes kecurian di rumah penduduk yang ditinggalkan,” katanya ketika memantau keadaan banjir di Kampung Pasir Raja di sini semalam.

Sementara itu, Baharudin berkata, beberapa laporan diterima berhubung tindakan penduduk yang masih melakukan aktiviti memukat dan memancing di sungai yang boleh membahayakan nyawa mereka. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya