Ronaldo lebih baik anda diam - Sinclair - Utusan Malaysia

Ronaldo lebih baik anda diam – Sinclair

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Cristiano Ronaldo diberi amaran untuk menjaga mulutnya selepas dilaporkan memberi kata dua kepada Manchester United berhubung pelantikan pengurus tetap baharu.

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat, Ralf Rangnick dilantik selaku pengurus sementara sehingga hujung musim ini.

United bagaimanapun berdepan tekanan serius daripada Ronaldo yang mahukan pengurus tetap bagi menggantikan Solskjaer.

Menurut Daily Star, Ronaldo ketika ini mempertimbangkan masa depannya dan kemungkinan besar akan meninggalkan Old Trafford jika dia tidak gembira dengan pelantikan pengurus United seterusnya.

TREVOR SINCLAIR 

Sikap sombong dan terlalu banyak bercakap Ronaldo itu mencetuskan kemarahan bekas pemain England, Trevor Sinclair yang secara terbuka mengkritik bintang berusia 36 tahun itu.

Sinclair meminta Ronaldo yang juga bekas pemain Real Madrid dan Juventus itu supaya menjaga mulutnya selepas terdapat laporan menyatakan dia mahu berhijrah pada jendela perpindahan pemain.

“Saya mula merasakan Manchester City juga tidak mahu lagi mendapatkan Ronaldo.

“Anda lihat pemain muda yang sedang bergelut dengan prestasi di Manchester United seperti Sancho dan Rashford. Mereka bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik.

“Jaga mulut anda kerana ada waktu itulah perkara terbaik untuk dilakukan. Ronaldo menyebabkan banyak masalah kepada kelab.

“Bukan saja kurang menjaringkan gol sejak kebelakangan ini tetapi dia harus menerima hakikat Ole sudah tiada. Tahu dan laksanakan tugas anda sebagai pemain bola sepak yang dibayar oleh kelab,” kata bekas pemain City era 2003-2007 itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya