RMK12: KDN lulus RM326.8 juta kos projek pembangunan PDRM 

RMK12: KDN lulus RM326.8 juta kos projek pembangunan PDRM 

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH: Sebanyak 21 projek diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, daripada 21 projek yang diluluskan, 10 daripadanya adalah projek-projek pembangunan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 11 lagi lain-lain agensi di bawah KDN.

Beliau berkata, jumlah kos bagi projek melibatkan PDRM adalah dianggarkan bernilai RM326.8 juta.

Ujar beliau lagi, 10 projek PDRM berkenaan antaranya akan membina 18 buah pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Selangor, pembinaan Balai Polis Kuala Penyu di Beaufort, Sabah serta pembinaan 10 kuarters Balai Polis Pulau Redang di Terengganu.

“Selain itu, perolehan tanah bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan IPK Perak,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir majlis perasmian Pecah Tanah Pembinaan Pejabat dan Pusat Latihan Unit Tindakhas PDRM, di Kem Batalin 4, PGA, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya