Ribut petir sehingga 6 Februari - Utusan Malaysia

Ribut petir sehingga 6 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir  serta hujan dijangka dialami di beberapa kawasan termasuk Sabah dan Sarawak bermula hari ini sehingga 6 Februari depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Twitter berkata, antara kawasan terlibat ialah Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, pedalaman Pahang, barat Sabah, barat dan tengah Sarawak.

“Cuaca lembap dijangka berlaku di kebanyakan tempat dengan hujan pada sebelah pagi di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah, manakala cuaca panas dan kering dijangka berterusan di negeri-negeri utara Semenanjung.

“Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan dalam tempoh 2 hingga 6 Feb 2022,” katanya hari ini.

Menurut MetMalaysia, ramalan itu berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE- 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya