PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri antara pukul 6 sehingga pukul 7 petang ini.
Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak, Johor, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang Muallim) dan Selangor.
“Selain itu, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson), Johor (Batu Pahat dan Pontian) dan Kuala Lumpur,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Tambah Met Malaysia, bagi Sarawak, ribut petir dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam dengan melibatkan daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) serta Limbang. – UTUSAN ONLINE