RFID Malaysia hanya sesuai di pintu pagar kawasan perumahan? - Utusan Malaysia

RFID Malaysia hanya sesuai di pintu pagar kawasan perumahan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem tol yang lebih berkesan adalah ketika pengguna tidak perlu memperlahankan kenderaan ketika melaluinya.

Seorang pengguna Facebook, Fauzul Azhim melalui akaunnya, https://www.facebook.com/fauzul.azhim.5 berpendapat, perkara itu bertepatan dengan yang digunakan di beberapa negara lain, contohnya Singapura dan Australia.

“Apa beza RFID kita dengan RFID mereka? Ya, kita menggunakan Passive RFID tags, yang lebih murah, tetapi mempunyai sensing distance (jarak sensor) yang pendek.

“Sistem ini mungkin sesuai digunakan untuk masuk ke kawasan parkir, atau di pintu-pintu pagar kawasan perumahan,” katanya seperti dipetik dalam Facebooknya.

Menurut Fauzul, untuk sistem tol, kita seharusnya meletakkan sasaran supaya suatu hari nanti, kenderaan tidak perlu memperlahankan kenderaan, apatah lagi terpaksa berhenti, atau lebih teruk jika pengguna terpaksa mengundurkan kenderaan ketika melalui palang tol di Malaysia.

“Untuk ini, penyelesaian Active RFID Tags adalah lebih praktikal. Apapun, satu perkara yang saya suka tentang RFID ialah ia ada link (rangkaian) kepada TnG e-wallet.

“Jadi urusan tambah nilai menjadi lebih mudah. Mungkin TnG dan PLUS boleh melihat kepada penggunaan Active RFID tags di masa akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya