RFID: Kos RM1 jual sampai RM35? - Utusan Malaysia

RFID: Kos RM1 jual sampai RM35?

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa,  pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dijual terlalu mahal sehingga mencecah RM35 sekeping walaupun kos sebenar hanya kurang RM1.

Najib menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini turut menimbulkan persoalan sama ada Touch N Go (TnG)  atau PLUS memberi rebat bagi pemilik SmartTAG yang tidak lagi berfungsi sekiranya plaza tol beralih kepada sistem RFID sepenuhnya.

“Adakah syarikat TnG  atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik SmarTAG yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?

“Syarikat TnG  dimiliki bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari Amerik Syarikat dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York,” kata  Najib hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, transaksi tol menggunakan tag RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam 15 Januari 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya