RFID: Ganti pelekat rosak secara percuma elak bebankan rakyat - Utusan Malaysia

RFID: Ganti pelekat rosak secara percuma elak bebankan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan tidak seharusnya lepas tangan terhadap kesulitan yang dihadapi rakyat sebaliknya perlu mengambil tanggungjawab penuh akan hal-hal melibatkan isu sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Pengarah Strategi Pemuda Amanah Nasional, Asmaaliff Abdul Adam berkata, ini kerana ramai pihak menyuarakan ketidakpuasan hati dengan pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi itu bermula 15 Januari lalu.

Menurutnya, selain isu membabitkan kualiti pelekat RFID yang teruk, harga yang membebankan untuk sebuah kenderaan, isu kegagalan RFID berfungsi di plaza tol sehingga menyebabkan kesesakan dan beberapa isu lain kecoh di media sosial.

“Ini setelah dua hari sistem itu dilaksanakan. Walaupun sistem RFID ini secara umumnya bagus namun ia seharusnya dilaksanakan dengan persediaan yang cukup baik sehingga menyebabkan rakyat menderita.

“Kerajaan tidak seharusnya lepas tangan terhadap kesulitan yang dihadapi rakyat sebaliknya kerajaan perlu mengambil tanggungjawab penuh akan hal ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Asmaaliff, sekiranya kerajaan mahu sistem itu terus dilaksanakan, kerajaan perlu memastikan RFID yang dibeli oleh rakyat cukup berkualiti dengan harga yang berpatutan.

“Gantian terhadap RFID yang rosak dalam tempoh awal adalah perlu dilakukan secara percuma supaya tidak membebankan rakyat,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya