Raja bomoh datang lagi - Utusan Malaysia

Raja bomoh datang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin hari ini muncul kembali dalam satu upacara yang dipercayai untuk menolak musibah banjir.

Menerusi video yang tular di media sosial, Raja Bomoh tersebut membuat ‘penampilan’ bersama seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’.

Upacara tersebut dipercayai dilakukan di sebuah lokasi di Teluk Intan.

Menerusi rakaman itu, Ibrahim dan Zaleha turut berdoa kepada Allah SWT untuk menolak bencana.

“Ya Allah ya tuhan ku, ku pohon kepada Mu ya Allah, janganlah turunkan sebarang musibah di teluk ini. Datang dan pergi memanglah kerja kau Ya Allah tetapi redakanlah penduduk ini supaya hidupnya aman damai dan tidak ditimpakan musibah.

“Janganlah tenggelamkan teluk ini ya Allah, ku pohon kepada-Mu ya Allah,” Zaleha didengar berdoa.

Dalam rakaman itu Zaleha juga didengar menyanyikan lagu ‘Mayang Sari’.

Raja Bomoh itu sebelum ini menjadi perhatian susulan kehilangan pesawat MH730 pada 2014. Dia yang ketika itu melakukan ritual dengan menggunakan teropong dan buah kelapa untuk  mengesan kapal terbang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya