Putrajaya Cyborg raih kemenangan sulung atasi Johor Tigris - Utusan Malaysia

Putrajaya Cyborg raih kemenangan sulung atasi Johor Tigris

PEMAIN Putrajaya Cyborg menunjukkan riak muka ceria selepas berjaya meraih kemenangan sulung menundukkan Johor Tigris pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/22 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Putrajaya Cyborg mencatat kemenangan sulung dalam aksi Liga Premier kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22, selepas menundukkan Johor Tigris menerusi kemenangan straight set di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Dalam set pertama, Putrajaya meraih kemenangan 21-16, namun, mereka diberi tentangan oleh Johor Tigris sebelum menutup permainan 21-17 dalam set kedua.

Kejayaan tersebut menghadiahkan dua mata berharga buat Putrajaya setelah ditimpa dua kekalahan berturut-turut kepada ATM Guardians dan Perak Bison dalam dua perlawanan pembukaan minggu lepas.

Sementara itu, Johor Tigris terus ditimpa malang apabila skuad dari Harimau Selatan tersebut masih belum mampu menghasilkan sebarang mata daripada tiga perlawanan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya