'Pulau ritual' bakal jadi lokasi glamping - Utusan Malaysia

‘Pulau ritual’ bakal jadi lokasi glamping

AKTIVITI pelancongan di Pulau Besar akan dihidupkan semula sebagai pusat tarikan pelancongan baharu dengan konsep perkhemahan glamor (glamping) menjelang Jun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU BESAR: Pulau Besar yang sebelum ini terkenal sebagai kawasan tumpuan ritual pemujaan akan dihidupkan semula sebagai pusat tarikan pelancongan baharu dengan konsep perkhemahan glamor (glamping) menjelang Jun depan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, keputusan itu dicapai dengan persetujuan beberapa agensi lain membabitkan anggaran kos pembaikan sebanyak RM1 juta. 

Katanya, kini kerja-kerja pembersihan tapak glamping telahpun dimulakan di kawasan sepanjang 200 meter di pesisir pantai. 

“Empat hari lepas, kita telahpun bersetuju untuk membangunkan semula Pulau Besar ini sebagai salah satu eko pelancongan Melaka dengan konsep glamping

“Pengunjung boleh melakukan aktiviti glamping di sepanjang 200 meter pesisir pantai dan kawasan itu boleh memuatkan sehingga 200 buah khemah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pulau Besar New Year Challenge 2022 di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kos pembaikan, beliau berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut. 

“Saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Nancy pada minggu hadapan, pembangunan kawasan glamping ini mungkin perlukan RM1 juta termasuk membangunkan keperluan asas seperti surau, tandas dan sebagainya.

“Kalau kemudahan itu seperti back to nature, kos RM500,000 sudah mencukupi dan insya-Allah ia dapat direalisasikan pertengahan tahun ini,” katanya.

Tambahnya, dengan pembukaan eko pelancongan baharu itu juga, pihaknya turut menyasarkan peningkatan jumlah pelancong mencecah 5.6 juta tahun ini. 

“Menerusi kerjasama Majlis Pulau-pulau Melaka (MPPM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), kawasan pesisiran Pulau Besar ini akan menjadi tapak glamping pertama yang mana saya yakin ia bakal membantu Melaka mencapai sasaran 5.6 juta pelancong tahun ini.

“Mungkin minggu depan saya akan cuba berbincang dengan menteri mengenai bantuan yang diperlukan sebelum dijangka beroperasi pertengahan tahun ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya