Program Rekalibrasi Tenaga Kerja daftarkan 161,906 PATI - Utusan Malaysia

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja daftarkan 161,906 PATI

HAMZAH Zainudin berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri dan Amanat Tahun Baharu 2022 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 161,906 pendatang tanpa izin (PATI) didaftarkan menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sebaik sahaja program itu tamat pada 31 Disember lalu. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, daripada jumlah itu, seramai 129,428 orang sudah diambil bekerja oleh majikan masing-masing. 

Beliau berkata, selepas didaftarkan, mereka diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan boleh mula bekerja. 

“Kebanyakan mereka terbabit dalam sektor pembuatan, perladangan dan pembinaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN dan Amanat Tahun Baharu 2022, di sini hari ini.

Bagi Program Rekalibrasi Pulang pula, Hamzah berkata, setakat ini, seramai 206, 510 PATI sudah mendaftar manakala, 175,583 daripadanya sudah pulang ke negara asal.  Menurutnya, program itu menjana pendapatan sebanyak RM99.3 juta kepada negara menerusi kutipan kompaun dan pas khas. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya