KUALA TERENGGANU: Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di negeri ini dengan penutupan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga di Kemaman.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, PPS berkenaan ditutup mulai pukul 8.30 pagi ini selepas kesemua 10 mangsa pulang ke rumah masing-masing akibat fenomena air pasang besar dan banjir termenung.
Katanya, setakat pukul 10 pagi ini, bilangan mangsa banjir di Terengganu kini tinggal sembilan orang dengan melibatkan tiga keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor di daerah sama.