PPS banjir di Selangor ditutup sepenuhnya - Utusan Malaysia

PPS banjir di Selangor ditutup sepenuhnya

Palestin
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini ditutup sepenuhnya pada pukul 11.59 malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua mangsa banjir sudah pun pulang ke rumah masing-masing.

Amirudin turut menzahirkan penghargaan kepada petugas, sukarelawan, agensi kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat awam yang banyak membantu.

“Terima kasih atas budi dan jasa membantu mangsa banjir. Kita akan bangkit dari episod duka ini untuk membangun semula negeri yang kita cintai,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Semalam, sebanyak tiga daerah masih lagi terkesan akibat banjir dengan lima PPS masih dibuka membabitkan seramai 479 mangsa daripada 134 keluarga.

Terdahulu, negeri ini membuka lebih 200 PPS apabila kira-kira 30,000 mangsa banjir perlu dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air pada minggu lalu.

Bagaimanapun, masih ramai mangsa yang belum dapat pulang ke rumah sendiri apabila kediaman mereka rosak teruk atau musnah selepas ditenggelami air.- UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya