Politeknik Shah Alam rosak dilanda ribut - Utusan Malaysia

Politeknik Shah Alam rosak dilanda ribut

SEORANG jemaah sebuah surau di Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berdiri di hadapan serpihan kaca yang pecah selepas IPT itu menjadi antara bangunan rosak dilanda ribut di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini petang tadi turut mengakibatkan kerosakan pada bangunan di Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, di sini.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya menunjukkan kerosakan dialami cermin surau, bilik pejabat, serta beberapa buah kenderaan termasuk bumbung tercabut dan runtuh.

“Keadaan PSA selepas dilanda ribut dan hujan batu petang tadi.

“Moga dipermudahkan segala urusan sahabat-sahabat di PSA. Aamiin,” katanya dalam hantaran tersebut.

Seorang pengguna, Hadzwani Hamdan nyata terkejut dengan kejadian menimpa institusi pengajian tinggi (IPT) itu.

“Allahuakhbar, semoga dipermudahkan urusan untuk membaik pulih. Sekiranya ada tabung untuk disalurkan (bantuan) mohon pihak pentadbiran uar-uarkan dalam Facebook rasmi Politeknik ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya