Polis tahan lelaki berhenti tengah jalan, tidur dalam kereta - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki berhenti tengah jalan, tidur dalam kereta

SEORANG lelaki memberhentikan kereta dipandunya di tengah-tengah jalan, sebelum dikatakan tidur dalam kenderaan itu di Kampung Kubang Edang, Peringat, Kota Bharu pagi ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memberhentikan kereta dipandunya di tengah-tengah jalan, sebelum tidur dalam kenderaan itu di Kampung Kubang Edang, Peringat di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian itu disedari beberapa penduduk yang mahu ke tempat kerja, namun tidak dapat melalui jalan utama yang dihadang kenderaan jenis Honda Civic dinaiki lelaki terbabit, kira-kira pukul 6.45 pagi.

Salah seorang penduduk Ariffin Mat, 65, ketika dia bersama beberapa lagi rakan tiba di lokasi kejadian, enjin Honda Civic berwarna merah itu masih hidup dengan lampu yang masih menyala.

“Kami menjenguk ke dalam kereta dan mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an sedang tidur. Saya cuba mengejutkan dia dengan cara mengetuk cermin kereta beberapa kali.

“Beberapa minit kemudian, dia tersedar dan mengalihkan kereta itu ke tepi dalam keadaan mamai bagi memberi laluan kepada kenderaan lain,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Ariffin memberitahu, salah seorang penduduk turut menghubungi polis kerana mencurigai tindak-tanduk lelaki terbabit, selain sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan yang dibuat oleh orang awam.

Beliau berkata, susulan kejadian pagi tadi, pihaknya telah menahan lelaki tersebut dan merampas kereta dipandunya bagi membantu siasatan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya