PETALING JAYA: Polis menyiasat kematian orang kena tahan (OKT) dalam lokap Balai Polis Marang, Terengganu.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 3 petang, hari ini berkaitan kejadian itu.
Menurutnya, OKT dikenal pasti seorang lelaki Melayu berusia 38 tahun.
“Dia ditangkap di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan direman tiga hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Marang.
“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) sedang menjalankan siasatan berkaitan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE