Polis Lipis selamatkan enam penduduk terkandas banjir - Utusan Malaysia

Polis Lipis selamatkan enam penduduk terkandas banjir

ANGGOTA polis membantu memindahkan penduduk yang terkandas di rumah berikutan banjir mula melanda serta menenggelami jalan raya di Kampung Lubuk Kulit di Lipis, Pahang. - IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Polis menyelamatkan enam penduduk yang terkandas di rumah berikutan air melimpah masuk ke kawasan kampung dan menenggelami jalan raya di Kampung lubuk Kulit, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, penduduk berkenaan terperangkap di rumah sejak malam semalam berikutan tidak lepas keluar kerana jalan kampung dan jalan raya ke kampung tersebut dinaiki air.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, polis menerima panggilan memaklumkan penduduk terbabit yang tidak lepas keluar ke tempat selamat kerana jalan raya dari bandar Kuala Lipis berdekatan Kampung Lubuk Kulit ditenggelami banjir bermula awal pagi ini. 

“Polis dimaklumkan kawasan kediaman penduduk berkenaan sudah mula dinaiki air dan tindakan pantas menyelamat terpaksa dilakukan ke atas mereka. Beberapa anggota polis yang bertugas dalam operasi menyelamat ini menggunakan sebuah bot gentian kaca untuk memindahkan penduduk,” katanya di Kampung Lubuk Kawah dekat sini hari ini.

Menurut Azli, mangsa yang dibawa keluar terdiri daripada seorang warga emas lelaki, dua wanita, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya