Polis kesan empat individu tunggang motosikal aksi superman di WCE

Polis kesan empat individu tunggang motosikal aksi superman di WCE

SEORANG daripada suspek yang ditahan setelah aksi menunggang motosikal secara berbahaya di Kilometer 149, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan tular di Facebook Ahad lalu. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Polis sedang mengesan empat penunggang motosikal selepas aksi ala ‘superman’ mereka di Kilometer 149, Lebuhraya Pesisiran Pantai  Barat (WCE) arah selatan tular di Facebok Ahad lalu.

Aksi menunggang motosikal secara berbahaya itu dipercayai dilakukan dari arah Plaza Tol Teluk Intan hingga Plaza Tol Hutan Melintang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota trafik Hilir Perak berjaya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai individu dalam video berkenaan.

Katanya, lelaki itu ditahan di rumahnya di Teluk Intan pada pukul 10.40 malam, kelmarin.

“Berdasarkan rakaman itu, sekumpulan lima lelaki didapati menunggang motosikal dalam keadaan menduga kelajuan sambil melakukan aksi ‘superman’ di mana perbuatan tersebut berbahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain. 

“Hasil risikan, kita berjaya menahan seorang daripada suspek dan usaha sedang dijalankan bagi memberkas empat yang lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek dipercayai rakan itu tinggal di kawasan berhampiran lokasi iaitu di sekitar Hutan Melintang dan Sabak Bernam.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

“Siasatan lanjut kes ini sedang dijalankan dengan orang ramai dinasihat agar memandu dan menunggang kenderaan dengan cermat sekali gus mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya