PJKM dua kali sebulan di setiap Parlimen di Perak - Utusan Malaysia

PJKM dua kali sebulan di setiap Parlimen di Perak

ADNAN Azizi Zainal Abidin (kanan) menjual telur ayam kepada pengunjung pada PJKM di RTC Gopeng hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG:  Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) akan dianjurkan sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan di setiap Parlimen di negeri ini.

Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, R. Magendran berkata, sehingga kini PJKM telah dianjurkan sebanyak 61 kali  di beberapa kawasan di Perak.

“Setakat ini kita sudah anjurkan PJKM sebanyak 61 kali di Perak termasuk minggu ini. Jumlah pengunjung yang menerima manfaat daripada program ini ialah hampir 20,000.

“Secara keseluruhan nilai jualan pula mencecah sehingga RM280,000, minggu ini kita juga sedang laksanakan di sembilan lokasi berlainan.

“Kita akan cuba buat setiap Parlimen, sekurang-kurangnya dalam sebulan dua kali pelaksanaannya seperti di Perak ada 24 Parlimen,” katanya. 

Beliau ditemui pemberita pada PJKM di Pusat Transformasi Bandar (RTC) Gopeng hari ini.  

Sementara itu, seorang pemborong telur ayam yang menyertai PJKM,  Adnan Azizi Zainal Abidin, 38 berkata, program seperti itu dapat membantu pengguna mendapat barangan lebih mudah dan murah. 

Menurutnya, sebagai contoh jualan telur ayam gred B di sini RM11 sepapan, iaitu di bawah harga kawalan RM12.30.

“Hanya tiga gred telur ayam sahaja yang dapat dijual iaitu gred B, E dan F.  Bagi telur ayam gred B, pembeli hanya boleh membeli satu papan sahaja tetapi untuk gred-gred lain, mereka boleh membeli lebih daripada satu. 

“Selalunya pembeli memang akan beli gred A, B dan C, tetapi hari ini kita bawa Gred B sahaja, itu pun hanya 100 papan. 

“Jadi, setiap pembeli hanya boleh membeli satu papan sahaja untuk memastikan pembeli yang lain pun dapat merasa,” katanya. 

Mengenai kekurangan telur ayam dipasaran, Adnan berkata, masalah itu mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu. 

Katanya, peladang mengalami peningkatan  harga dedak selain cuaca yang tidak menentu sehingga boleh menyebabkan ternakan mati.

“Saya mendapat kira-kira 200 papan telur ayam sehari berbanding sebelum ini lebih kurang 1,000 papan sehari. 

“Kira-kira 30 peratus stok telur ayam yang diagihkan kepada peruncit terpaksa dicatu untuk memastikan setiap kedai mendapat telur ayam walaupun sedikit,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya