PHEB jamin sambutan Thaipusam di Pulau Pinang patuh SOP  - Utusan Malaysia

PHEB jamin sambutan Thaipusam di Pulau Pinang patuh SOP 

P. RAMASAMY (tiga dari kiri) dalam sidang akhbar mengenai perayaan Thaipusam di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (PHEB) memberi jaminan sambutan Thaipusam di Pulau Pinang akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengerusi PHEB, Dr. P. Ramasamy berkata, setakat ini MKN masih belum mengeluarkan SOP terkini mengenai sambutan Thaipusam dan pihaknya bersedia menyelaraskan SOP mengikut arahan MKN untuk keselamatan semua pihak.

“Setakat ini, kita telah memutuskan tiada perarakan kavadi, tiada upacara pecah kelapa, selain tiada pemberian makanan secara bersemuka, hanya makanan secara bungkus dibenarkan. Apa sahaja tindakan yang boleh menyebabkan orang ramai berkumpul ketika sambutan ini juga adalah tidak digalakkan.

“Hanya perarakan pedati akan dijalankan, menerusi mesyuarat sebelum ini MKN ada beri cadangan kira-kira 1,000 penganut agama Hindu untuk mengiringi perarakan ini, namun kita cadangkan sekitar 500 orang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Pada 7 Disember tahun lalu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam Dewan Rakyat memberitahu, semua perarakan perayaan, termasuk perarakan kavadi bagi Thaipusam dan chingay sempena Tahun Baharu Cina, tidak dibenarkan berikutan negara sedang berdepan jangkitan varian baharu Covid-19, Omicron ketika ini.

Namun, selepas menerima kritikan pelbagai pihak, Kementerian Perpaduan telah membuat kenyataan SOP Covid-19 untuk sambutan Thaipusam belum dimuktamadkan.

Menurut Ramasamy, pihaknya juga tidak dapat menganggarkan jumlah penganut yang akan datang ke Pulau Pinang pada tahun ini sempena perayaan Thaipusam ekoran negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Sebelum ini, kita dapat memberikan anggaran sekitar sejuta penganut yang akan ke Pulau Pinang, namun sekarang kita berada dalam situasi norma baharu sambutan Thaipusam dan kita tidak tahu berapa jumlah mereka yang akan datang,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, penganut agama Hindu yang ingin ke Pulau Pinang sempena Thaipusam juga digalakkan melakukan saringan kendiri Covid-19 terlebih dahulu.

“Mereka juga perlu sentiasa membawa telefon bimbit sendiri atau membawa kad vaksin untuk memudahkan pihak berkuasa membuat semakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya