PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharapkan sambutan Pesta Ponggal dapat mengeratkan lagi perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan Keluarga Malaysia.
“Selamat menyambut Pesta Ponggal kepada semua Keluarga Malaysia yang meraikanny. Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki.
“Pepatah ‘Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum’ bererti ‘permulaan Thai membuka peluang baharu’ sering diucap berkait dengan perayaan Ponggal.
“Semoga sambutan Pesta Ponggal memberi kemakmuran dan membuka peluang baharu kepada seluruh Keluarga Malaysia.
“Saya berharap sambutan ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN ONLINE