Pesakit obesiti 200 kg dibantu sukarelawan ke hospital 

Pesakit obesiti 200 kg dibantu sukarelawan ke hospital 

ANGGOTA BSYJM membantu mengangkat Mohd. Irfan Abdul Wafti yang menghadapi masalah obesiti untuk dibawa ke HSB di rumahnya di Taman Sofea, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pesakit obesiti dengan berat badan melebihi 200 kilogram (kg) terpaksa mendapatkan pasukan sukarelawan bagi mengangkat dan mengusungnya untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.

Pengarah Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abdul Hamid berkata, seramai tujuh anggota BSYJM bersama sebuah ambulans bergegas ke rumah lelaki tersebut, Mohd. Irfan Abdul Wafti, 37, di Taman Sofea, Jalan Kuala Kedah di sini selepas menerima panggilan pada pukul 7 pagi.

Menurutnya, Mohd. Irfan yang tidak mampu bergerak menghadapi masalah kesihatan terpaksa diangkat untuk dibawa ke HSB.

“Kerja mengangkat dan mengusung pesakit obestiti dilakukan dengan menggunakan alat pengusung khas dan dikendalikan dengan berhati-hati bagi mengelak pesakit terjatuh. Urusan memindahkan pesakit dari dalam rumah ke dalam ambulans mengambil masa 15 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, menurut Mohd. Irfan pula, sebelum ini dia diberi nasihat oleh pakar pemakanan ketika menjalani rawatan di HSB pada 2020, selain menjalani fisioterapi, sehingga berjaya menurunkan berat sehingga 160 kg.

Namun, disebabkan Covid-19 yang melanda negara tahun lalu, Mohd. Irfan dihantar pulang ke rumah dan perlu meneruskan diet sendiri.

Bagaimanapun, oleh kerana dia hanya duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tanpa pemantauan doktor dan fisioterapi, berat badannya naik semula melebihi 200 kg.

“Saya sampai tak boleh nak baring, meniarap, mengiring, memang teruklah. Saya tidur duduk sahaja, sebab sakit seluruh badan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya