Permainan, mewarna redakan emosi kanak-kanak terjejas banjir - Utusan Malaysia

Permainan, mewarna redakan emosi kanak-kanak terjejas banjir

AKTIVITI mewarna dijalankan oleh pihak MPKK Felda Sungai Kelamah untuk disertai kanak-kanak mangsa terjejas banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Kelamah, Tampin hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Bagi meredakan emosi mangsa yang terjejas banjir khususnya dalam kalangan kanak-kanak, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Sungai Kelamah mengambil inisiatif mengadakan aktiviti permainan dan mewarna.

Aktiviti tersebut buat lebih 200 kanak-kanak yang turut ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) (Felda) Sungai Kelamah, di sini.

Pengerusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Rosiyah Ab Rahman berkata, aktiviti tersebut adalah merupakan sebahagian usaha pihaknya bagi membantu meredakan emosi kanak-kanak terbabit yang terkesan dengan banjir pada 1 Januari lalu.

Menurutnya, banjir bukan sahaja menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan orang dewasa disebabkan kemusnahan harta benda tetapi juga menjejaskan emosi kanak-kanak.

“Jadi saya harap agar aktiviti mewarna dan permainan yang diadakan di PPS ini akan dapat membantu meredakan emosi kanak-kanak ini.

“Selain itu, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) juga turut mengadakan aktiviti senaman ringan agar mangsa banjir sentiasa dalam keadaan kesihatan yang keadaan baik,” katanya ketika ditemui di PPS SK (Felda) Sungai Kelamah, di sini, hari ini.

Setakat pukul 2 petang tadi, seramai 516 orang daripada 128 buah keluarga masih ditempatkan di PPS tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN