Perlu kerjasama Persekutuan, negeri tangani banjir - Utusan Malaysia

Perlu kerjasama Persekutuan, negeri tangani banjir

EDDIN Syazlee Shith menyerahkan sumbangan wang bantuan kepada mangsa terjejas banjir di Dewan Desa Dangi, Kuala Pilah hari ini.- UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Sembilan perlu bagi memastikan kejadian banjir di negeri ini terutama di daerah Kuala Pilah tidak terus berulang setiap tahun.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, pihaknya berharap ada tindakan yang sewajarnya yang dilaksanakan kedua-dua pihak bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Sebenarnya yang saya rasakan ada sesuatu yang boleh disegerakan terutama urusan perparitan seperti menambak sungai berisiko yang perlu diselesaikan. Lebih baik jika kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama berganding bahu bagi memastikan isu ini tidak berulang.

“Saya boleh mengusahakan sesuatu namun saya tidak boleh melangkaui apa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Sekiranya ada kerjasama bersama termasuk jabatan, ia lebih baik dan menerima manfaatnya adalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Desa Dangi, di sini hari ini.

Daerah Kuala Pilah antara tiga buah daerah di negeri ini yang terjejas dalam kejadian banjir yang berlaku pada 1 Januari lalu.

Sebanyak dua PPS masih lagi beroperasi di daerah ini yang menempatkan seramai 109 mangsa dari 32 buah keluarga iaitu PPS Dewan Desa Dangi dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pilah.

Eddin Syazlee yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dalam pada itu turut menasihatkan kepada penduduk supaya sentiasa mementingkan keselamatan nyawa apabila berlaku hujan lebat.

“Saya mahu menasihatkan penduduk terutama di kawasan Kuala Pilah yang rumah mereka dinaiki air namun ingkar arahan pihak berkuasa untuk berpindah.

“Mereka perlu menyelamatkan nyawa terlebih dahulu, saya difahamkan banjir kali ini lebih besar dan berisiko tinggi. Penduduk perlu lebih berhati-hati kerana banjir yang sebelum ini berada di paras pinggang sudah melepasi paras dada dan agak berbahaya sekiranya tidak mengikut arahan untuk berpindah dengan segera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya