Perhimpunan di Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek dilarang - Utusan Malaysia

Perhimpunan di Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek dilarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Satu perintah mahkamah diperoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam bagi menghalang mana-mana pihak mengadakan perhimpunan di tiga lokasi di ibu negara bermula esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tiga lokasi dilarang berhimpun iaitu Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek.

Kata beliau, larangan itu berkuat kuasa  tujuh hari  sehingga Jumaat ini.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang yang sedang berkuat kuasa demi menjaga ketenteraman awam. 

“Tindakan tegas termasuk kompaun akan dikenakan terhadap mereka yang didapati melanggar perintah berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijangka diadakan esok, kata Noor Delhan, pihaknya tidak menerima sebarang notis perhimpunan berkenaan daripada mana-mana individu. 

Kata beliau, penganjuran perhimpunan berkenaan jelas melanggar undang-undang iaitu Peraturan 9 dan 10 yang melarang sebarang perarakan dan juga perhimpunan.

“Selain tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam  Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021, ”jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya