Perhilitan pantau harimau belang berkeliaran - Utusan Malaysia

Perhilitan pantau harimau belang berkeliaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) masih menjalankan operasi pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai di Gua Musang, Kelantan berikutan aduan penduduk berkenaan harimau belang berkeliaran sejak 10 Disember 2021.

Perhilitan memaklumkan tindakan pihaknya memasang tiga perangkap harimau belang atau Perangkap Wahab iaitu dua buah di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak, Pos Bihai.

“Perhilitan juga sentiasa memantau dan memberi taklimat kepada penduduk kampung dari semasa ke semasa berkenaan perjalanan operasi mengesan dan menangkap harimau belang serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berada di luar kawasan rumah.

“Orang ramai adalah disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan Negeri Kelantan melalui talian 01159275985 atau talian hotline Perhilitan 1800885151 atau menerusi aduan di laman sesawang www.wildlife.gov.my,” kata kenyataan itu hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan lebih 30 keluarga Orang Asli di Kampung Sau, Pos Bihai hidup dalam ketakutan selepas salah seorang penduduk di situ maut dibaham harimau belang semalam.

Walaupun harimau tersebut mati ditembak, penduduk masih ketakutan kerana percaya terdapat sekurang-kurangnya 11 ekor lagi haiwan itu masih berkeliaran, sekali gus mengancam nyawa mereka.

Dalam pada itu, Perhilitan memaklumkan majoriti daripada populasi Harimau Malaya masih berada di kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia terutama di Taman Negara Banjaran Titiwangsa dengan berdasarkan hasil daripada tinjauan 1st National Tiger Survey (NTS1).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya