Penternak sangkar ikan boleh mohon bantuan Jabatan Perikanan - Utusan Malaysia

Penternak sangkar ikan boleh mohon bantuan Jabatan Perikanan

KERATAN laporan Utusan Online semalam berhubung berita penternak ikan patin kerugian setelah sangkar diusahakan rosak akibat banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Malaysia sedia membantu para penternak ikan sangkar yang mengalami kerugian teruk akibat bencana banjir besar di beberapa buah negeri, baru-baru ini.

Sehubungan itu, agensi berkenaan meminta mangsa tersebut segera membuat laporan dengan menghantar permohonan terus kepada pejabat perikanan daerah atau negeri.

“Pengusaha terbabit perlu menyertakan bukti kerugian ternakan mereka termasuk sokongan berbentuk gambar atau video berkaitan,” katanya menerusi hantaran dalam laman sosialnya.

 Jabatan itu turut memuat naik pautan berita Utusan Online semalam mengenai kisah seorang penternak di Temerloh, Pahang yang kehilangan lebih 10,000 ekor ikan patin dalam sangkar susulan lapan daripada 70 sangkarnya hilang dibawa arus, manakala sembilan lagi rosak dengan kerugiaan mencecah RM100,000.

 Mengulas lanjut, Jabatan Perikanan Malaysia berkata, penternak yang menjadi mangsa bencana itu cuma perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan senarai pengusahanya selain laporan polis perlu dilampirkan dengan setiap satu laporan tersebut melibatkan satu kawasan terjejas, di samping ada anggaran kos kerugian daripada kejadian itu.

Tidak ketinggalan, ujarnya, adalah laporan siasatan oleh jawatan kuasa teknikal dan perakuan permohonan bantuan dengan perlu disahkan Pengarah Perikanan Negeri yang berkenaan. Borang permohonan yang sudah lengkap diisi selain pelbagai dokumen lain berkaitan akan diproses oleh pihak jabatan tersebut dengan secepat mungkin sebelum bantuan disalurkan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya